Followers

nuffnang

Saturday, March 12, 2011

Chocolate macaroons


Chocolate macaroons

Bahan-bahan (30 keping bergantung pada saiz):

110gm gula aising
65gm serbuk badam (ground almond)
13gm serbuk koko
60gm putih telur - dalam 2 biji
20gm gula kastor
secubit cream of tartar

filling (boleh dipelbagaikan ikut kegemaran masing2):

120gm cream cheese
1 camb jus lemon
2 camb gula aising
1 camb whipping cream
parutan kulit lemon dari 1 biji lemon

cara:
  1. ayakkan gula aising, serbuk badam dan serbuk koko, ketepikan
  2. pukul putih telur dengan cream of tartar sehingga berbuih
  3. masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga gebu dan kembang (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak mudah jatuh)
  4. kaupbalikkan adunan tepung sedikit demi sedikit sebanyak 4 kali sehingga sebati
  5. masukkan adunan ke dalam piping bag dengan menggunakan 5mm nozzle pipekan adunan ke atas dulang pembakar yang telah digris atau dilapik dengan non-stick paper sebesar 2.5cm,lakukan sehingga habis
  6. setelah itu hentakkan dulang pembakar tadi untuk mengeluarkan angin
  7. ketepikan selama 1 jam supaya adunan mengeras
  8. kemudian bakar pada suhu 150C selama 15 min atau sehingga keras
  9. biarkan sejuk sebelum di angkat dari dulang dan diisikan dengan filling 
 
Untuk membuat filling:
 
  1. ayakkan dulu gula aising
  2. kemudian satukan semua bahan dan pukul sehingga sekadar sebati
  3. simpan di dalam fridge lebih kurang 1 jam sebelum digunakan
        

    <!-- nuffnang -->
    <script type="text/javascript">
    nuffnang_bid = "d1eede8473f3c917ebecb6ad7ec11e1d";
    </script>
    <script type="text/javascript" src="http://synad2.nuffnang.com.my/j.js"></script>
    <!-- nuffnang-->

    Wednesday, March 9, 2011

    MACAROON - BASIC

    Hasil jika tak letak pewarna

    Hasil jika letak pewarna

    Bahan-bahan asas:

    4 biji telur putih
    350g gula 

    Lepas tu ikut suka hati korang nak buat dia perasa apa, untuk masukkan kat dalam bahan asas tu selalunya orang letak serbuk badam. Nak warna warni ala-ala kanak-kanak riang, letak pewarna. 

    Cara-cara:

    Pukul telur putih sampai kembang dan masukkan gula.
    Dah kembang & kental, bolehlah letak serbuk badam ke apa-apa perasa, pewarna.
    Sudukan atau paipkan adunan atas loyang yang dah ditabur tepung jagung.
    Bakar pada suhu 180C selama 15 minit atau sehingga masak.

    Dah masak, dia akan jadi keras, letak lah filling suka hati macam biskut oreo tu. Cuba lah. Aku tak boleh cuba sebab aku tak ada oven, lagipun aku tengah diet *konon. Macaroon ni sangat manis okay.

    Selamat mencuba. 

    <!-- nuffnang -->
    <script type="text/javascript">
    nuffnang_bid = "d1eede8473f3c917ebecb6ad7ec11e1d";
    </script>
    <script type="text/javascript" src="http://synad2.nuffnang.com.my/j.js"></script>
    <!-- nuffnang-->
     

    Sunday, August 29, 2010

    Rich Chocolate Ice Cream

    Masakan  Pencuci Mulut
    Resepi ini berasal dari buku masakan orang putih iaitu Chocolate Katherine Edelston yang bertemakan coklat, walaupun step nye agak rumit dan banyak, tapi hasilnya fuhhh, tak terkata sedapnya, aiskrim yang creamy dan cholatey, walaupun ada penggunaan telur, tapi telurnya dimasak dahulu, selamat untuk ibu-ibu mengandung yang sedang mengidam macam mama najuwa nih.

    Download resipi di sini.

    Bahan-bahannya :

    400ml whipping cream
    100gram coklat masakan
    2 sudu besar serbuk koko@ 2 sudu kecil coklat emulco
    1/2 cawan gula
    2 biji telur
    2 biji kuning telur
    50ml susu segar

    Cara – caranya :
    1. Potong kecil-kecil coklat masakan, jika menggunakan serbuk koko, campurkan sedikit air panas supaya menjadi pes, di dalam periuk masukkan 50ml susu segar dan 50ml whipping cream bersama coklat masakan serta pes koko, biarkan coklat larut dan ketepikan, pastikan api yang digunakan perlahan dan haruslah sentiasa dikacau. Setelah semuanya larut dan sebati, tutup api dan ketepikan.
    2. Kemudian di dalam bekas lain, satukan telur dan kuning telur serta gula, pukul sedikit menggunakan hand whisker, satukan bancuhan coklat cair tadi dan kacau sebati, selepas itu, panaskan air didalam periuk dan masak menggunakan cara double boiler, kacau sehingga adunan menjadi pekat. Tutup api dan sejukkan sebentar.
    3. Di dalam mangkuk adunan pukul baki whipping cream sehingga creamy dan kental, akhir sekali satukan adunan coklat dan  kacau hingga semuanya sebati, sejukkan di bahagian freezer peti ais sekurang-kurangnya 4 jam atau semalam. Sedia untuk dinikmati bersama sos coklat dan badam cincang. Selamat Mencuba.
     Toppingkan dgn sos cokat dan badam cincang.
     Setelah disudukan, tengok tu sungguh creamy dan cholatey.
    Nota : Aiskrim ni betul-betul creamy dan menepati citarasa ros, dan ros rasa inilah resepi aiskrim paling best yang pernah ros buat, tak rugi mencubanya.

    Agar-agar Kering Lolipop


    Download resipi di sini.

    Bahan :

    40 gm serbuk agar-agar
    2 kg gula batu
    1 kg gula pasir
    4 liter air
    Beberapa pewarna dan perasa - boleh gunakan warna dan perasa untuk konyaku jelly
     
    Cara menyediakannya :

    1. Satukan semua bahan dan masak hingga tua/matang dalam 1 jam dengan api sederhana.
    2. Sementara itu, siapkan beberapa loyang 10x10in.
    3. Setelah adunan siap dimasak, sukatkan 280ml untuk setiap loyang.
    4. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan.
    5. Setelah agar-agar sejat, gulung dan jemur dalam tapisan yang dialas dengan aluminium tray.
    Nota

    Untuk setiap 1120ml agar-agar yang sudah dimasak, campurkan dengan 2 tsp perasa dan masukkan pewarna secukupnya (sukatan ini menghasilkan 4 loyang).