Followers

nuffnang

Sunday, August 29, 2010

Rich Chocolate Ice Cream

Masakan  Pencuci Mulut
Resepi ini berasal dari buku masakan orang putih iaitu Chocolate Katherine Edelston yang bertemakan coklat, walaupun step nye agak rumit dan banyak, tapi hasilnya fuhhh, tak terkata sedapnya, aiskrim yang creamy dan cholatey, walaupun ada penggunaan telur, tapi telurnya dimasak dahulu, selamat untuk ibu-ibu mengandung yang sedang mengidam macam mama najuwa nih.

Download resipi di sini.

Bahan-bahannya :

400ml whipping cream
100gram coklat masakan
2 sudu besar serbuk koko@ 2 sudu kecil coklat emulco
1/2 cawan gula
2 biji telur
2 biji kuning telur
50ml susu segar

Cara – caranya :
  1. Potong kecil-kecil coklat masakan, jika menggunakan serbuk koko, campurkan sedikit air panas supaya menjadi pes, di dalam periuk masukkan 50ml susu segar dan 50ml whipping cream bersama coklat masakan serta pes koko, biarkan coklat larut dan ketepikan, pastikan api yang digunakan perlahan dan haruslah sentiasa dikacau. Setelah semuanya larut dan sebati, tutup api dan ketepikan.
  2. Kemudian di dalam bekas lain, satukan telur dan kuning telur serta gula, pukul sedikit menggunakan hand whisker, satukan bancuhan coklat cair tadi dan kacau sebati, selepas itu, panaskan air didalam periuk dan masak menggunakan cara double boiler, kacau sehingga adunan menjadi pekat. Tutup api dan sejukkan sebentar.
  3. Di dalam mangkuk adunan pukul baki whipping cream sehingga creamy dan kental, akhir sekali satukan adunan coklat dan  kacau hingga semuanya sebati, sejukkan di bahagian freezer peti ais sekurang-kurangnya 4 jam atau semalam. Sedia untuk dinikmati bersama sos coklat dan badam cincang. Selamat Mencuba.
 Toppingkan dgn sos cokat dan badam cincang.
 Setelah disudukan, tengok tu sungguh creamy dan cholatey.
Nota : Aiskrim ni betul-betul creamy dan menepati citarasa ros, dan ros rasa inilah resepi aiskrim paling best yang pernah ros buat, tak rugi mencubanya.

Agar-agar Kering Lolipop


Download resipi di sini.

Bahan :

40 gm serbuk agar-agar
2 kg gula batu
1 kg gula pasir
4 liter air
Beberapa pewarna dan perasa - boleh gunakan warna dan perasa untuk konyaku jelly
 
Cara menyediakannya :

  1. Satukan semua bahan dan masak hingga tua/matang dalam 1 jam dengan api sederhana.
  2. Sementara itu, siapkan beberapa loyang 10x10in.
  3. Setelah adunan siap dimasak, sukatkan 280ml untuk setiap loyang.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan.
  5. Setelah agar-agar sejat, gulung dan jemur dalam tapisan yang dialas dengan aluminium tray.
Nota

Untuk setiap 1120ml agar-agar yang sudah dimasak, campurkan dengan 2 tsp perasa dan masukkan pewarna secukupnya (sukatan ini menghasilkan 4 loyang).